[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Friday, March 25, 2011

Unit Trust vs Emas, Siapa Menang ??

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hari ini saya ingin bercakap tentang unit trust dan emas.
Unit trust bagi saya ialah touchy subject kerana ada ramai
yang bersumpah tentang kebaikan unit trust berbanding semua
pelaburan lain. Tapi sebelum kita pergi lebih dalam, saya
ingin terangkan dengan ringkas apa itu unit trust.


Unit trust ialah nama lain untuk pelaburan kolektif di mana
organisasi akan mengambil pelaburan anda dan
melaburkannya untuk anda. Anda dan
organisasi tersebut tertakluk kepada perjanjian yaang dibuat.
Setiap unit trust mempunyai objektif pelaburan masing-masing.
Ada yang melabur dalam teknologi hijau. Ada yang melabur
dalam perlancongan dan ada yang melabur dalam perlombongan.


Setiap unit trust mempunyai prestasi yang berbeza dan itu
yang saya kurang minat tentang unit trust. Kita perlu
memilih unit trust yang paling bagus dalam melaburkan
duit kita kalau tidak kita yang akan rugi. Selalunya orang
akan melabur duit sedikit demi sedikit ke dalamnya untuk
meminimumkan risiko tapi ada yang suka melabur "lump sum".
Saya tak rekomen sesiapa pun labur sekali gus kecuali
yakin tentang keadaan pasaran dan pelaburan yang dibuat.

Saya ada membaca satu komen di blog kewangan
tentang pengalamannya melabur dalam unit trust.
Insan ini melabur ke dalam unit trust dengan membeli
unit trust daripada Public Mutual dan ING pada harga
RM100,000. Tapi setelah melabur selama 3 tahun 6 bulan,
dia akhirnya bengang dengan prestasi unit trust tersebut.
Dia menebus kembali duitnya untuk mendapat RM87 ribu
kembali. Dia hilang RM17 ribu untuk pelaburan tersebut.


Tidak semua unit trust kehilangan nilai semasa
kejatuhan ekonomi. Tapi masalahnya terlalu banyak
unit trust dan setiap unit trust mempunyai objektif
yang menarik. Hampir semuanya memberi "jaminan"
dalam pelaburan. Tapi kita tahu tidak ada perkara
dalam dunia ini tanpa risiko, termasuklah unit trust.


Bayangkan kalau insan ini melaburkan wang tersebut dalam
emas. Daripada lesap RM17 ribu, dia boleh mendapat,
daripada 2008 sampai 2010, lebih kurang 4.31% + 25.04%
+ 20.9% = 50.9% peningkatan atau lebih kurang RM50,900.
Perbezaan melampau ketara ini kerana unit trust
meletakkan pelaburannya ke dalam banyak tempat dan
pasti ada yang untung DAN rugi.


Emas pula? Permintaan emas sedang naik sekarang ini
dan tidak akan berhenti sehingga 2014. (Jika China
tidak menjumpai sumber emas baru pada tahun itu,
China terpaksa bergantung kepada pengimportan emas
untuk memenuhi semua keperluan emasnya)


Bagi saya walaupun unit trust
boleh menawarkan peratus lebih baik, tapi amat susah
untuk mengetahui yang mana satu terbaik. Sebaliknya
emas, masih lagi mempunyai peningkatan permintaan.


Dan secara umumnya, lagi banyak negara pulih
ekonominya, lagi banyak emas yang akan dibeli kerana
mahu mengelakkan inflasi ekonomi berlaku.

Sebarang permintaan untuk membeli emas bolehlah dihantar kepada saya,
Anda boleh hubungi saya di 013-9883856. TQ

1 comment: