[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Tuesday, March 15, 2011

ASB vs Emas

Salam Sejahtera .
Apa khabar, harap anda semua sihat hendaknya..
 
Hari ini saya ingin bercakap tentang ASB vs Emas. Saya akan 
menerangkan seobjektif mungkin mengenai kedua-dua pelaburan ini 
dan anda boleh membuat keputusan pelaburan mana yang lebih baik. 
Kita lihat dahulu prestasi pelaburan ASB dan Emas untuk tiga tahun.
Saya mengambil data pada tarikh terakhir pelaburan emas dan 
data yang dikeluarkan Amanah Saham.

ASB
2007: +8 sen, bonus 1 sen atau 9%
2008: +7 sen, bonus 1.75 sen atau 8.75%
2009: +7.3 sen, bonus 1.25 sen atau 8.55%
total = +26.3%

Emas
2007: +$201.75/oz atau 31.92%
2008: +$36.00/oz atau 4.31% 
2009: +$217.75/oz atau 25.04%
total = +61.27%

Perbezaan antara kedua-duanya: 34.97% atau 2.3 kali 
ganda perbandingan.

Performance kedua-duanya dibandingkan di atas.

Emas secara average 2.3 kali ganda lebih baik. Walaupun ASB 
dikatakan mempunyai risiko lebih rendah, tetapi emas tidak memberi
pulangan negatif sehingga 2010. Walaupun harga emas kadang 
kala turun mendadak, ianya kerana orang ramai mengambil 
keuntungan daripada kenaikan harga.

ASB pula diurus sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional dan 
kerajaan mahu ASN memberi pandangan positif tentang pengurusan 
wangnya dalam ASN. Jadi itu salah satu sebab pulangan 99% positif.

Emas pula meningkat 5 tahun kebelakangan ini kerana pelabur 
mula perasan tentang kelemahan wang fiat. Wang kertas yang 
mempunyai nilai berdasarkan kata kerajaan (atau bank pusat). 
Jadi mereka melabur dalam emas sebagai pelindung kewangan 
jika wang fiat sudah tidak dipercayai lagi (salah satu sebab 
kegagalan wang ialah hilanganya kepercayaan orang ramai
terhadap wang tersebut).

Dengan China terburu-buru menyimpan dan membeli emas
(sebenarnya China mempunyai simpanan emas terendah 
dunia), tak hairanlah China sekarang salah satu pembeli 
emas terbanyak dunia, di belakang India (pengguna
emas paling banyak di dunia).

Itu salah satu sebab kenapa emas diminati sekarang. 
Orang ramai mempercayainya sebagai agen pelaburan 
jangka panjang. Walaupun pulangannya tinggi, ianya juga dipercayai. 
ASB pula sentiasa positif kerana kerajaan perlu memaparkan imej 
bahawa mereka pandai menguruskan wang (dan memang betul 
kerajaan pandai uruskan pelaburan ASN).

Jadi anda boleh pilih salah satu pelaburan di atas. Satu mendapat 
kepercayaan orang ramai (di seluruh dunia, termasuk kerajaan 
Malaysia
 sendiri). Satu mendapat kepercayaan kerajaan sebagai 
agen pelaburannya.

Anda hampir pasti tidak akan rugi memilih salah satu atau 
campur kedua-duanya. Tapi untuk jangka panjang (kerana emas 
dilihat semakin penting), emas pilihan yang menarik berbanding 
ASB.

Esok kita akan lihat perbezaan pelaburan emas dengan unit trust.

-- * -- * --

Ada orang bertanya kepada saya kenapa saya memilih Public Gold
sebagai tempat untuk membeli emas. Ada beberapa sebab. Antaranya 
ialah "spread" yang rendah. Maybank mengenakan 8% spread, dengan kata lain, 
anda dicaj tambahan 8% pada harga pasaran. Tapi Public Gold anda 
dikenakan 5 sampai 6% spread sahaja.

Tapi yang tarik hati saya sebenarnya ialah harga jongkong emas yang 
lebih murah. Kalau kat kedai emas, anda kena bayar lebih, tapi 
kalau dekat Public Gold anda perlu bayar sekitar RM7-RM13 untuk 
segram. Walaupun pelaburan ni agak mahal, tapi lagi murah 
berbanding kedai emas lain.

Eh, cukuplah tu untuk hari ini. Harga emas turun $1.3 masa saya tulis ni, 
tapi tak kisahlah. Bukannya nak jual hari ni pun. ;-)
Call saya kalau nak beli emas Public Gold ya!

No comments:

Post a Comment