[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Saturday, March 5, 2011

Berbaloikah Berhutang Untuk Membeli Emas?

"Berbaloi...baloi..."  




1- TEKNIK BELI & SIMPAN

Adakah anda pernah menyesal dan memikirkan risiko kerugian yang bakal dihadapi apabila anda berhutang utntuk membeli sesuatu yang susut nilai seperti kereta, TV, sofa, peti ais dan sebagainya?


Mungkin anda tidak terlalu bimbang akan risiko kerugiannya kerana anda dapat memanfaatkan kemudahannya dalam kehidupan seharian.


Tetapi mengapa anda terlalu bimbang untuk berhutang bagi tujuan pembelian sesuatu yang meningkat nilainya seperti emas? Bukankah pemahaman anda berkenaan pengurusan kewangan dan risiko sudah terbalik?


Saya berikan contoh, anda berhutang RM 100,000 daripada bank dan kesemuanya anda gunakan untuk membeli emas bagi tujuan pelaburan.


Ambil kira purata kenaikan harga emas tahunan sekitar 25%, hanya selama 4 tahun sahaja anda telah menggandakan wang RM 100,000 itu tadi. Nah, anda dah boleh jualkan sebahagiannya, dan bayar semula pinjaman RM 100,000 yang anda gunakan sebagai modal tadi.


Kini anda telah memiliki sejumlah emas bernilai RM 100,000 secara percuma! WOW !! 
Katakan jika tempoh masa kenaikan harga emas agak perlahan atau istilahnya 'Worst Case Scenario', mungkin purata kenaikannya hanya sekitar 15% setahun, anda hanya memerlukan tempoh masa selama 7 tahun untuk menggandakan nilainya!!


Jika anda membuat loan ASB sebanyak RM 100,000 selama 20 tahun, jumlah bayaran bulanannya adalah lebih kurang sama dengan jumlah bayaran untuk Personal Loan sebanyak RM 100,000 bagi tempoh 20 tahun.


Tetapi bolehkah pelaburan di ASB menggandakan modal asal anda dalam tempoh masa 4-7 tahun shj?


Jika anda menggunakan dividen tahunan untuk bayaran bulanan pada tahun-tahun berikutnya, bermakna anda hanya akan mendapat RM 100,000 selepas tempoh matang selama 20 tahun itu.


Cuba anda tukarkan konsep itu dengan membuat Personal Loan dan membeli emas, dalam jangkamasa 20 tahun agak-agak berapa kilo emas yang dapat anda kumpulkan?


Mengapa saya nasihatkan anda supaya apply Personal Loan selama 20 tahun?
Walaupun interestnya agak tinggi, tetapi bayaran bulanannya adalah rendah, dan kita perlu mengambil kira sekiranya berlaku keadaan 'Worst Case Scenario', maka kita tidak akan terbeban untuk meneruskan bayaran bulanan untuk jangkamasa beberapa tahun lagi, itulah rasionalnya!!


Jangan dirisaukan tahun yang panjang kerana anda telah merancang untuk menyelesaikannya dalam jangkamasa yang lebih awal.
Jangan dibimbangi akan kadar interest yang tinggi, kerana kadar yang tinggi hanya akan dirasai dalam jangkamasa yang panjang dan ianya juga agak berbaloi untuk membayar interest yang agak tinggi sedikit bagi jangkamasa 20 tahun kerana kesannya anda dapat membuat backup plan untuk pelaburan anda sekiranya berlaku situasi-situasi diluar jangkaan.




2- TEKNIK LEVERAGING & COMPOUNDING 

Katakan pula jika anda menggunakan konsep Leveraging & Compounding mengikut perkiraan berikut :

1- Beli emas RM 100,000
pajak di Ar-Rahnu,anda akan dapat RM 70,000.

2- Beli lagi emas RM 70,000
pajak di Ar-Rahnu,anda akan dapat RM 49,000.

Cukup sampai setakat itu sahaja,jangan tamak. Baki di tangan RM 49,000 itu standby untuk bayaran upah simpan selama 4 tahun (Jika kadar upah 0.6%). 

Jadi sekarang nilai emas anda di Ar-Rahnu adalah sebanyak RM 170,000 dan anggarkan dalam "Worst Case Scenario", iaitu kenaikan tahunan hanya 15% sahaja.

Tahun 1 - RM 170,000 x 15% = RM 25,500 (Nilai emas anda telah menjadi RM 195,500)
Tahun 2 - RM 195,500 x 15% = RM 29,325 (Nilai emas anda telah menjadi RM 224,825)
Tahun 3 - RM 224,825 x 15% = RM 33,723 (Nilai emas anda telah menjadi RM 258,548)
Tahun 4 - RM 258,548 x 15% = RM 38,782 (Nilai emas anda telah menjadi RM 297,330)

Jualkan emas anda sekadar untuk menebus semua emas dengan membayar semula pinjaman sebanyak RM 119,000 dari Ar-Rahnu itu (RM 70,000 + RM 49,000). 

Setelah anda membayar semula RM 119,000 kepada Ar-Rahnu, kini nilai bersih emas di tangan anda ialah sebanyak RM 178,330.00! WOW !!

Untuk langkah seterusnya anda boleh pilih sama ada :

a) Pajakkan semula di Ar-Rahnu dan gunakan duit tunai hasil pajakan itu untuk menjelaskan pinjaman modal RM 100,000 kepada bank.

---->> Kelebihannya - anda masih mempunyai emas bernilai RM 178,330.00
---->> Kekurangannya - anda perlu merancang semula bagaimana mahu membayar upah simpan.


b) Jualkan emas yang bernilai RM 100,000 dan jelaskan kesemua hutang modal anda kepada bank.

---->> Kelebihannya - anda mempunyai aset emas bersih bernilai RM 78,330.00 secara percuma.
---->> Kekurangannya - anda kehilangan peluang menggandakan nilai pelaburan anda kepada jumlah yang lebih besar.

Jika dikira secara logik, 15% x 4 tahun = 60%, jadi sepatutnya pada tahun ke-4 nilai emas anda hanyalah RM 160,000.00 sahaja.

Tapi jika anda mengurusnya secara bijak menggunakan teknik Leveraging & Compounding"  % pulangan yang anda perolehi pada tahun ke-4 mencecah 197.33%, sekaligus menjadikan nilai pelaburan anda pada ketika itu menjadi RM 297,330.00!!!

Ini hanya dalam tempoh 4 tahun dan pengiraannya adalah berdasarkan keadaan "Worst Case Scenario", bagaimana jika dalam keadaan "Good Market Scenario" seperti keadaan sekarang ini?

Agak-agak berapa profit margin selama tempoh 4 tahun itu?

Saya fikir anda sendiri boleh mempertimbangkan sama ada berbaloi atau tidak jika membuat pinjaman untuk pelaburan emas fizikal .

Renungkan..dan buat keputusan bijak sekarang...

No comments:

Post a Comment