[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Friday, March 4, 2011

Mengapa Anda Perlu Menyimpan Emas ?

By Syukor Hashim


   Di antara sebab-sebab manusia membeli emas:
1.       Penyimpan kekayaan yang terunggul
2.       Sebagai pelaburan - harga emas yang meningkat dari masa ke semasa
3.       Mas Kahwin
4.       Sebagai Hadiah
5.       Membayar zakat
6.       Medium pertukaran yang sah dalam urusan jual beli.



1. Emas merupakan penyimpan kekayaan yang terunggul. 

Emas merupakan penyimpan kekayaan yang unggul kerana manusia mengiktiraf emas sebagai logam berharga. Ia tidak boleh dimusnahkan dengan mudah. Emas mempunyai nilai yang stabil dan tidak akan kehilangan nilainya. Malahan harganya meningkat dalam jangka masa panjang. Ia juga merupakan pelaburan yang kalis inflasi.
Selain itu, emas merupakan mata wang tanpa sempadan dan diterima di seluruh dunia. Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan dalam bentuk emas adalah satu tindakan yang sangat bijak. 






                                             Graf: Pergerakan harga emas dari tahun 1998 sehingga 2008


2. Emas sebagai pelaburan.
Memandangkan emas sekarang berfungsi sebagai komoditi, harganya turut boleh turun naik mengikut permintaan dan penawaran pasaran emas antarabangsa. Justeru seseorang pelabur boleh mendapat keuntungan dengan cara membeli emas ketika harganya turun dan menjualnya semula apabila harganya meningkat.
Dengan melihat kepada tren kenaikan dan penurunan harga, pelabur boleh mendapat keuntungan yang lumayan.


 


                             Jadual: Harga emas harian. Sebagai komoditi harga emas boleh naik dan turun.



3. Mas kahwin
Memandangkan emas merupakan logam yang berharga, ia boleh digunakan sebagai mas kahwin. Sebagai contoh, di Malaysia, salah seorang artis yang popular, M. Nasir menggunakan 13 dinar sebagai mas kahwin apabila mengahwini Marlia Musa.






4. Sebagai hadiah
Sifat emas yang cantik, lembut, sukar diperoleh dan mahal menyebabkan ianya menjadi logam yang diminati oleh manusia. Sifat-sifat ini juga menyebabkan manusia memilih emas untuk membuat barang kemas. Oleh itu, emas boleh diberikan sebagai hadiah. Dengan kecantikan dan nilai yang tinggi ia pasti akan dihargai oleh penerimanya.












5. Membayar zakat
Di dalam Islam, penggunaan emas membolehkan zakat dibayar dengan lebih tepat. Lagipun emas dan perak merupakan mata wang sunah yang digunakan oleh Rasulullah SAW. Ini kerana emas dan perak mempunyai nilai yang tersendiri sedangkan wang kertas hanyalah kertas yang dicetak semata-mata.


6. Medium pertukaran yang sah dalam urusan jual beli.
Mengikut sejarah tamadun manusia, emas merupakan logam yang digunakan secara meluas sebagai wang. Penggunaan emas sebagai wang telah mula dikesan 643 tahun SM di Lydia. Jika berlaku masalah dengan wang kertas, manusia akan mencari alternatif lain yang boleh digunakan sebagai wang. Emas dan perak merupakan alternatif yang terbaik. Ini kerana kedua-dua logam ini pernah digunakan sebagai wang.



Bagaimana memilih emas pelaburan?
Bentuk emas pelaburan yang paling lazim ialah syiling dan juga jongkong emas.
Di antara syiling-syiling emas dan jongkong emas yang terdapat di Malaysia ialah: 


                                        Kijang Emas - Dijual di Maybank




                                 Canadian Gold Maple ( dijual di UOB Bank)



                                    Singapore Gold Lion (dijual di UOB Bank)






                                    Australian Nugget ( dijual di UOB Bank)


                              
                             Public Gold Gold Coin (dijual oleh Public Gold)






                                  Dinar Emas Kelantan - Dijual di Ar-Rahn


Jongkong Emas (goldbar)
Ini adalah gold bar yang boleh dibeli di Malaysia:-

             PAMP Suisse - Dijual oleh UOB Bank, Habib Jewel dan kedai Emas

  



                                                    Poh Kong Bunga Raya 



                                     Public Gold (Hubungi saya di 013-9883856)

No comments:

Post a Comment