Wednesday, April 20, 2011

PROMOSI !!!! Keahlian untuk geng Emas Jengka 5 dibuka sekarang

TAWARAN INI HANYA SAH UNTUK TEMPOH 30 HARI SAHAJA




Bagi anda yang berminat untuk menjadi dealer tetapi tiada modal yang besar,kini anda hanya perlu bermodalkan serendah RM1000 shj dan anda akan mendapat sekeping dinar emas. Nilai RM1000 ini bukan nilai belian emas ,cuma sebagai yuran pendaftaran sahaja. 1 Dinar yang diberikan adalah 'kit' untuk menjalankan bisnes ini. komisyen dealer adalah sebanyak 0.3% . Bagi pembelian seterusnya, anda 
akan mendapat diskaun sebanyak 0.3% . Diskaun ini dikira sebagai komisyen anda.


Untuk makluman,pakej ini hanya daripada saya sahaja, dan bukan daripada company. Kalau direct kepada company, hanya ada 2 pakej sahaja iaitu RM20 ribu dengan komisyen 1% dan RM100ribu dengan komisyen 1.5% .Anda juga layak untuk 
menyertai 'Lucky Draw'.Tempoh sehingga Ogos 2011. Hadiahnya ialah Blackberry Smart phone.


Hubungi saya di 013-9883856 untuk menyertai geng Emas Jengka 5 sekarang...

Saturday, April 16, 2011

Ini cara lambat untuk buat duit !!

Salam Sejahtera ,
 
Minat untuk jana pendapatan perlahan? Cuba fixed deposit.

Kita mulakan dengan contoh mudah. Dengan menggunakan
carta peratus fixed deposit yang ditawarkan oleh
Maybank.

Carta di bawah datang daripada Maybank Fixed Deposit.

Tempoh      Peratus (% p.a.)
1 month     2.75
2 months   2.75
3 months   2.75
4 months   2.75
5 months   2.75
6 months   2.80
7 months   2.80
8 months   2.80
9 months   2.80
10 months 2.80
11 months 2.85
12 months 2.85
13 months 2.85
14 months 2.85
15 months 2.85
18 months 2.85
24 months 2.85
36 months 3.10
48 months 3.40
60 months 3.60

p.a. = per annum (setahun) 

(Semua nilai di atas boleh berubah tanpa notis
awal daripada Maybank)

Jika anda menyimpan sehingga 60 bulan (5 tahun),
anda akan mendapat 18% total. Contohlah anda
masukkan RM5,000 setiap tahun dalam akaun itu.

Dengan interest rate sebanyak 3.6%, anda akan
mendapat RM27,833.15 total. Peningkatan
sebanyak RM2833.15 (anda simpan RM25,000).

Tapi cuba kita ambil 5 tahun berturut-turut
emas. Jika anda beli satu bar emas pada harga
RM3015.00 (20 gram), dengan menggunakan
jumlah peratus naik pada tahun 2009 (25.04%),
dan setiap tahun anda melabur sebanyak itu
untuk 5 tahun, nilai terkumpul anda boleh
dapat sampai RM31,272.05.

Anda perlu labur RM15,075 sahaja.

- * - * - * - * -

Tapi emas mana ada compounded
interest!

- * - * - * - * -

Haha. Itulah. Menipulah kalau saya guna compound
interest calculator
 kan untuk emas?

Sebab emas tidak ada compound interest.

Ianya sesuatu yang anda beli dan pegang.

Jadi kalaulah anda dah beli emas pada
harga RM15,075, berapa banyakkah
yang akan anda dapat daripada 
25.04% setahun, untuk 5 tahun?

Jawapannya ialah: peningkatan
sebanyak 125.2% dalam nilai...

... dan penambahan sebanyak RM18,873.90
ke atas pelaburan anda.

Secara total, anda akan dapat RM15,075+18,873.90
= RM33,948.90

Boleh tahan. Pelaburan sedikit untuk pulangan yang
jauh lebih banyak daripada cara konvensional.

Jika anda mahu jalan mudah membeli emas, hubungi
nombor di bawah.

013-9883856

Itu nombor saya dan saya harap ini akan memudahkan
anda membuat pelaburan ke dalam emas.

Sekian.

Terima kasih,

Wednesday, March 30, 2011

Memerlukan Rakan Niaga Di Seluruh Malaysia

Kenapa saya terus yakin untuk jadi agen PG dan jual-beli emas & perak walaupun saya tahu ada risiko? Sebab saya sedar potensi emas&perak, spread yang rendah emas PG, stok yang sentiasa ada, produk PG antara yang hot item! PG juga bagi saya komisyen untuk setiap urusan jual-beli, keuntungan atas angin 5%-6%, sistem PG yang mudah, boleh lock price anytime 24jam sehari, 365hari!

Kenapa saya tak terus setuju dan agak skeptik bila ada orang tawarkan saya join group macam Hai-O modal RM20 000, dapat penapis air? Sebab saya nampak agak susah nak jual dan yakin kan orang tentang penapis air ni. Tapi kalau saya cakap dekat orang, saya jual emas&perak, semua orang tahu emas dan perak ini benda yang bernilai dan mahal! Betul kan? Jadi anda pilih jadi agen mana dengan modal RM 20 000? Tak salah jual penapis air, cuma kenapa tidak "grab" peluang menjadi agen emas dan perak PG? 

Mungkin ini antara masalah anda :

Masalah 1 : Keluarkan modal jadi agen PG dan tidak reti jual-beli@ anda tak menjual langsung apa-apa produk@produk tak laku!

Anda masih menikmati keuntungan kenaikan emas yang anda beli dalam jangka masa panjang sekitar 20-37% setahun. Anda rugi tak? Tidak bukan??!! Kalau penapis air tak terjual?

# Masalah 2 : Jadi agen, tapi anda tak berminat mencari orang bawah anda!

Terpulang lah pada anda sebab PG tidak menawarkan konsep niaga atau menjadi agen macam MLM tau! Anda tidak berminat mencari pun tak pe la!

Masalah 3 : Takut nanti tak der orang nak beli emas&perak anda jual?

Kenapa mesti takut? Asasnya semua orang tahu emas bernilai, emas mahal. Kalau anda nak tahu permintaan emas dan perak bagi pelaburan meningkat berkali-kali ganda tau! Kenapa yerr?? Sebab kesedaran sistem matawang kertas semakin susut nilai,tapi emas dan perak nie kalis inflasi tau!

Anda dah sedar kenapa tidak rugi jadi berniaga emas dan perak PublicGold? Jadi saya buka peluang kepada anda yang berminat menjadi agen atau rakan niaga emas dan perak bersama saya dan untuk pengetahuan anda saya sedang mencari rakan niaga di seluruh Malaysia sekarang! Jadi kepada yang berminat nak jadi rakan niaga bersama saya boleh hubungi saya di 013-9883856 atau emailkan ke langsatkuning007@yahoo.com.




suntingan : http://goldsilver-mind.blogspot.com/

Takut nak beli sebab harga emas tak menentu?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,
Apa khabar ?
Diharap anda sihat sentiasa dan ceria.
Pada 31 Januari 2011 lalu, saya memantau harga emas. Apa akan 
jadi agaknya kalau harga emas terus turun?
Adakah mereka yang melabur dalam emas akan kehilangan 
sebahagian besar nilai pelaburan mereka?


Atau ianya perkara yang berlaku dalam pasaran emas? Harga 
emas
 pada masa itu meningkat $5.20, atau RM15.89.



Tapi dalam 30 hari sebelum itu, ianya menurun sebanyak 
4.39%. Jadi patutkah emasemasemas membeli emas dengan keadaan 
sebegitu?


Emas ialah "safe haven" atau tempat selamat pelaburan.


Apabila anda melabur dalam emas, anda bukan 
melabur untuk peningkatan masa pendek tapi jangka masa panjang.
Dengan kata lain, sesuatu dalam jangka masa setahun dan ke atas.
Lagi lama, lagi baik.
Kadang-kala harga emas juga meningkat mendadak kerana
aktiviti-aktiviti geopolitik di Asia Barat dan
tempat-tempat lain yang menyebabkan harga emas naik.
Dan itu ialah tiket loteri anda. Jika anda nak
jual untuk mendapatkan keuntungan pada waktu itu,
anda boleh beli pada masa itu.


Tapi jika anda pegang pelaburan anda itu dan nampak
ada peningkatan harga sebab ada banyak konflik berlaku,
anda boleh jual balik.


Yang penting ialah kenapa orang beli emas.


Berikut beberapa pointer yang anda boleh ikut
bila anda boleh beli atau jual emas.


- Lagi banyak masalah kewangan, lagi banyak masalah
politik berlaku (terutama sekali di Asia Barat dan
negara-negara pengeluar emas), lagi tinggi nilai emas.


- Jika anda mendengar kemelesetan ekonomi, atau
inflasi SILA beli emas! Harga emas akan naik mengikut
berapa cemasnya orang tentang masa depan mereka.


Jika lagi serius orang cakap, lagi patut anda beli.


(Jual bila anda betul-betul perlukan duit itu sahaja!)


- Emas masih lagi dalam bull market. Untuk 8 tahun berturut-turut.


Biar saya ambil harga daripada hari terakhir trading untuk 
8 tahun sebelum ni.


* Data diambil daripada Kitco.com:
Disember 31, 2002 - 342.75
Disember 31, 2003 - 417.25
Disember 31, 2004 - 435.60
Disember 30, 2005 - 513.00
Disember 29, 2006 - 635.70
Disember 31, 2007 - 836.50
Disember 31, 2008 - 865.00
Disember 31, 2009 - 1104.00
Disember 31, 2010 - 1410.25
Januari 28, 2011 - 1319.00


Pada awal tahun biasanya orang mengambil untung. Anda juga
boleh melakukannya pada tahun hadapan.


Mungkin 20%, mungkin lebih.


Labur tahun ini, duit tahun hadapan. Anda boleh juga tunggu
untuk 6 bulan sahaja sebelum menjualnya.


Kalau anda nak beli emas hari ini, anda boleh hubungi saya di
013-9883856.

Friday, March 25, 2011

Unit Trust vs Emas, Siapa Menang ??

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hari ini saya ingin bercakap tentang unit trust dan emas.
Unit trust bagi saya ialah touchy subject kerana ada ramai
yang bersumpah tentang kebaikan unit trust berbanding semua
pelaburan lain. Tapi sebelum kita pergi lebih dalam, saya
ingin terangkan dengan ringkas apa itu unit trust.


Unit trust ialah nama lain untuk pelaburan kolektif di mana
organisasi akan mengambil pelaburan anda dan
melaburkannya untuk anda. Anda dan
organisasi tersebut tertakluk kepada perjanjian yaang dibuat.
Setiap unit trust mempunyai objektif pelaburan masing-masing.
Ada yang melabur dalam teknologi hijau. Ada yang melabur
dalam perlancongan dan ada yang melabur dalam perlombongan.


Setiap unit trust mempunyai prestasi yang berbeza dan itu
yang saya kurang minat tentang unit trust. Kita perlu
memilih unit trust yang paling bagus dalam melaburkan
duit kita kalau tidak kita yang akan rugi. Selalunya orang
akan melabur duit sedikit demi sedikit ke dalamnya untuk
meminimumkan risiko tapi ada yang suka melabur "lump sum".
Saya tak rekomen sesiapa pun labur sekali gus kecuali
yakin tentang keadaan pasaran dan pelaburan yang dibuat.

Saya ada membaca satu komen di blog kewangan
tentang pengalamannya melabur dalam unit trust.
Insan ini melabur ke dalam unit trust dengan membeli
unit trust daripada Public Mutual dan ING pada harga
RM100,000. Tapi setelah melabur selama 3 tahun 6 bulan,
dia akhirnya bengang dengan prestasi unit trust tersebut.
Dia menebus kembali duitnya untuk mendapat RM87 ribu
kembali. Dia hilang RM17 ribu untuk pelaburan tersebut.


Tidak semua unit trust kehilangan nilai semasa
kejatuhan ekonomi. Tapi masalahnya terlalu banyak
unit trust dan setiap unit trust mempunyai objektif
yang menarik. Hampir semuanya memberi "jaminan"
dalam pelaburan. Tapi kita tahu tidak ada perkara
dalam dunia ini tanpa risiko, termasuklah unit trust.


Bayangkan kalau insan ini melaburkan wang tersebut dalam
emas. Daripada lesap RM17 ribu, dia boleh mendapat,
daripada 2008 sampai 2010, lebih kurang 4.31% + 25.04%
+ 20.9% = 50.9% peningkatan atau lebih kurang RM50,900.
Perbezaan melampau ketara ini kerana unit trust
meletakkan pelaburannya ke dalam banyak tempat dan
pasti ada yang untung DAN rugi.


Emas pula? Permintaan emas sedang naik sekarang ini
dan tidak akan berhenti sehingga 2014. (Jika China
tidak menjumpai sumber emas baru pada tahun itu,
China terpaksa bergantung kepada pengimportan emas
untuk memenuhi semua keperluan emasnya)


Bagi saya walaupun unit trust
boleh menawarkan peratus lebih baik, tapi amat susah
untuk mengetahui yang mana satu terbaik. Sebaliknya
emas, masih lagi mempunyai peningkatan permintaan.


Dan secara umumnya, lagi banyak negara pulih
ekonominya, lagi banyak emas yang akan dibeli kerana
mahu mengelakkan inflasi ekonomi berlaku.

Sebarang permintaan untuk membeli emas bolehlah dihantar kepada saya,
Anda boleh hubungi saya di 013-9883856. TQ

Thursday, March 24, 2011

Kenapa Saya Memilih Emas Public Gold?

Salam Sejahtera ,
Banyak syarikat dan kedai emas, bank2 dan sebagainya yg menjual emas keluaran mereka sendiri, tp mengapa sy memilih utk membeli emas Public Gold?

Di sini saya akan nyatakan sedikit fakta dan perbandingan utk penilaian anda sendiri, yg mana lebih menguntungkan.

1. PG (Public Gold) mengenakan Spread (Beza harga jual & beli) utk belian semula dgn kadar terendah sekitar 5%-6% shj. Berbanding emas yg dijual di kedai emas, mereka akan mengenakan Spread sekitar 15-20%.

2. Jika anda beli di kedai emas, mereka akn mengenakan caj tambahan yg sgt tinggi, cth di Tomei jika anda membeli emas PAMP Suisse mereka akan kenakan caj insurans yg tinggi mengikut berat emas. Cth PAMP Suisse 50g caj mereka RM300, manakala HABIB mengenakan caj RM132 dan mengatakan itu workmanship cost. Sdgkan di PG mereka cuma mengenakan RM40 utk transport cost dari Penang ke kawasan luar dari Penang. Jika anda ambil di Penang, kos itu dikecualikan.

3. Kedai emas dan bank hanya membeli emas emas yg dibeli dgn mereka shj, dan xkan membeli semula jika emas itu bengkok atau calar. Tetapi PG ttp membelinya semula krn mereka sendiri membuat proses peleburan dan rekabentuk. Berbeza dgn bank dan kedai emas yg mengupah kpd syarikat lain.

4. Emas di PG boleh di lock harga mengikut kemahuan kita sama ada secara online 24jam, phone call waktu office hours dan sms, walaupn ketika bayaran dibuat harganya telah berubah. Cth skrg ini harganya rendah, sy terus lock dan tiba2 pd waktu ptg harganya melonjak tggi. Katakan sy buat bayaran esok, sy ttp membayar dgn harga yg sy lock smlm.

5. Harga PG berubah setiap 20min, manakala harga di Bank perlu mengikut update semasa BNM dan harga di kedai emas mengikut Persatuan Emas Malaysia yg di update sebulan sekali. Bermakna anda x boleh mendptkan keuntungan mnggunakan teknik spekulasi pasaran.
6. PG menawarkan peluang utk menjadi Dealer, dan yg menariknya setiap belian di bayar komisyen 1.0% dari jumlah terkumpul belian anda bermula 1-30hb. Komisyen dibayar pd 15hb pd bulan berikutnya. Jika anda beli utk simpan sekalipun dan x berniat utk menjualnya, bukankah sememangnya anda dah untung?
7. PG menawarkan peluang perniagaan kpd anda. Dgn menjadi dealer anda akn dpt 1.0% komisyen pembelian, dan jika anda mempunyai dealer di bwh anda, dan pembelian terkumpul anda bersama semua rangkaian mencecah RM100k, anda akan di upgrade menjadi Priorty Dealer, yg mana anda akan dpt komisyen tambahan 0.5% drpd belian dealer2 di bwh anda.Dan jika semua rangkaian anda mencecah RM500k, anda akan di upgrade menjadi Master Dealer dan mendapat komisyen 2% ..

8. Stok PG sentiasa ada. Berbanding di kedai emas dan Bank, disebabkan mereka mengambil stok drp syarikat lain, maka stok mereka sentiasa kekurangan dan tertakluk kpd 1st come 1st serve. Anda x boleh book emas tersebut.

9. Emas di PG boleh di beli secara Easy Payment Purchase (EPP) sehingga 4 bulan hingga 6 bulan tanpa interest. Hanya 0.5% dikenakan sbg upah pengurusan.

10. Emas PG mudah utk dicagarkan dan xkan terjejas dari segi pembungkusannya. Tetapi jika emas PAMP Suisse, jika anda mahu cagarkan anda perlu potong seal yg membalut certificate dan emas tersebut. Jika seal luarannya sudah terpotong,bagaimana anda mahu menjualnya kelak?

Satu fakta yg sy mahu anda sedar ialah, membeli brg kemas bukanlah satu pelaburan yg bijak, sebenarnya anda membyr harga yg tinggi utk berat emas yg sedikit. Brg kemas mempunyai campuran bahan2 lain dgn kadar yg tinggi spy mudah dibentuk dan utk mencantikkan rekaannya.

Katakan gelang tgn emas 916 yg beratnya 100g, dan harga semasa terkini katakan RM146 segram. Mereka akan menjual kpd anda dgn harga RM 14,600 + workmanship cost. Slps itu cuba anda bawa ke Ar-Rahnu utk dicagarkan, percayalah mereka hanya akan mengira berat emas shja, bermakna beratnya bukan lagi 100g.

Dan jgn anda terkejut, jika gelang tgn anda bukan lagi emas 916 apabila diuji ketulenannya oleh pihak bank walaupn kedai emas mengatakan yg itu adalah emas 916 dan anda membyrnya dgn harga semasa emas 916.
Beli Emas hari ini untuk Kekayaan akan datang ! Hubungi saya dengan segera di 013-9883856.

Sunday, March 20, 2011

Mari Belajar Pajak Emas - Ar-rahnu

Assalamualaikum semua..
Hari ini, saya nak cerita sekali lagi tentang Ar-rahnu..bukan ape, sebab masih ramai yang tertanya2..camne nak pajak kat Ar-Rahnu ni..ape yang kena bawak, ape yang kena ade, ape yang itu..ape yang ini.. ehehhe..takpe2..kali ni saya cuba ceritakan secara ringkas dan padat supaya semua orang boleh paham. 

p/s: kepada yang berminat nak tanya macam kawan2 kita yang lain boleh emelkan soalan anda kepada saya langsatkuning@yahoo.com @ hubungi saya di 013-9883856.
ok, mula2, saya nak cerita dulu tentang pelaburan emas dalam buku akaun. Nak cerita sikit je..supaya anda nampak beza dengan lebih jelas antara emas dalam buku akaun dan emas fizikal.
Contoh emas dalam buku akaun : Public Bank Gold Investment Account, Maybank Gold Saving Passbook Account (GSPA) dan lain2..


sumber gambar : public bank
ok, sebenarnya emas fizikal dan emas buku pelaburan ada kelebihan masing2..cuma didalam teknik Ar-Rahnu, hanya emas fizikal saje yang boleh digunakan. Emas dalam buku pelaburan tak boleh guna cara ini.
Biasanya, teknik Ar-Rahnu digunakan bila pemilik emas tersebut memerlukan@nak guna wang pada satu-satu masa tertentu.

Bila pemilik tersebut nak guna wang, terdapat dua cara untuk mendapatkan wang :


  1. menjual emas yang ada padanya
  2. memajak emas tersebut
Cara pertama iaitu dengan menjual emas, kedua-dua jenis emas pelaburan boleh gunakan teknik ini.

Situasi pertama
Di mana, bila harga emas sedang naik, boleh la jual emas yang ada pada kita tu. Dengan cara ini, kita boleh dapat untung sebab jual pada harga yang tinggi. Lebih tinggi daripada harga emas semasa kita mula2 beli dulu.


Situasi kedua
Tapi, bagaimana kalau masa kita nak jual tu, harga emas tengah rendah? Time tengah terdesak nak guna duit, harga emas turun pulak. Kalau kita jual time tu, kita akan rugi. Betul tak?


Situasi ketiga
Kita sayang nak jual emas tu, sebab masa kita beli tahun lepas atau 2-3tahun lepas harga emas tu baru dalam RM100-120/gram. Tapi sekarang ni dah RM140/gram..Kalau kita jual emas ni sekarang, nanti nak beli balik harga emas dah naik..so makin mahal..

Jadi, jika anda sayangkan emas tersebut maka
 teknik Ar-Rahnu memainkan peranan penting disini.
Sehingga kini, ar-rahnu yang terbaik adalah
 AGRO Bank.

  1. Sebab Agro Bank tawarkan nilai yang lebih tinggi dari Ar-Rahnu lain.
  2. Sebab Agro Bank terima semua jenis emas jongkong, syiling, barang kemas.
  3. Tapi malangnya sehingga kini semua ar-rahnu x terima emas dalam buku pelaburan.
p/s: jadi kepada pemilik emas dalam buku pelaburan, memang teknik ni tak sesuai untuk anda. Tapi takpe, boleh belajar untuk tambah ilmu.

Jadi, apakah keperluan yang anda perlu tahu sebelum nak pergi pajak kat Ar-Rahnu Agrobank?

1. Bawa Kad pengenalan
2. Kena ada akaun di Agro Bank (kalau takde, cuma perlu buka akaun RM20 saja minimum)
3. Bawa Emas yang nak dipajak.
4. Kalau emas tu ada sijil dia, bawa bersama (contoh: emas Public Gold)


ok, kalau sebelum ni, harga emas 999 kalau nak pajak kat AGRO Bank cuma RM118.20/gram iaitu pada bulan Februari 2009. Lepas tu, harga emas yang saya pajak untuk emas 999 dah naik, saya pun x sedar bila dia naik, tapi yang pasti masa saya pajak masa tu dalam bulan jun ke bulan julai camtu, dah naik jadi 
RM126/gram.

Lepas tu, 2-3 hari nak raya, saya pergi pajak lagi..maklum la..nak raya nak guna banyak duit :)
Kali ni, masa saya pajak tu, harga emas dah naik jadi 
RM148.50/gram




Ok jom kita tengok contoh pengiraan nilai pajakan emas tersebut.


ok, macam mana nak kira?

harga emas untuk 999 yang ditawarkan oleh AGRO Bank = RM148.50/gram
Berat emas yang saya pajak = 100gram






Nilai Marhun = Nilai emas saya 
RM148.50 x 100gram
= RM14,850.00

Jika ini adalah pajakan pertama, saya hanya layak untuk meminjam 65% sahaja dari Nilai Marhun
Memandangkan pajakan ini bukan pajakan pertama saya, jadi saya boleh pinjam sehingga 70% dari Nilai Marhun emas saya.
 

Jadi, saya layak untuk meminjam, 
70% x RM 14850
= RM10,395.00

tapi kalau anda lihat nilai pinjaman saya di atas hanya RM10,000.00 saja kan? Sebenarnya saya saje je minta RM10,000.00 Jadi terpulang kepada kita nak pinjam brapa banyak cuma maksimum pinjaman adalah RM10,395.00

ok, macamana kira upah simpan?
Upah simpan kita telah ditetapkan hanya RM0.60sen untuk setiap RM100 nilai emas kita (nilai marhun)
Sebab nama pun 
UPAH SIMPAN jadi, dia akan caj upah untuk dia simpan emas kita tu bukan ikut brape banyak yg kita pinjam.

jadi, pengiraannya macam ni;
RM14850.00 (nilai marhun) x 0.60sen(upah simpan) bahagi RM100 (sebab untuk setiap RM100)

= RM 89.10/bulan

disebabkan kita boleh meminjam sehingga 6 bulan pertama, jadi anda boleh lihat nilai upah simpan kat gambar diatas adalah RM534.60 (RM89.10 x 6 bulan)

Kalau anda lihat, ansuran bulanan saya adalah sebanyak RM1666.66 yang ni tak termasuk upah simpan lagi. sebenarnye terpulang pada kita, nak bayar RM1666.66 setiap bulan ke, atau nak bayar rm2000.00 setiap bulan ke..atau xmo bayar langsung tapi dah cukup 6 bulan baru nak bayar pon boleh jugak..bayar sekaligus RM10,000.00 + RM534.60 untuk upah simpan 6 bulan.

Tapi, kalau kita x mampu bayar untuk jangka masa 6 bulan, boleh di 'extend' lagi selama 3 bulan, kalau x mampu lagi boleh lagi di 'extend' untuk 2 bulan lagi..jadi total semua 11 bulan la..cuma upah simpan tu kena kira balik untuk 11 bulan..ada pahammm??


haaa..mudah je kan?
ok la..sekian saja dulu cerita pasal ar-rahnu ni..





kredit utk : Amir Firdaus/inspirasiemas@gmail.com/012-5853035